BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 23, 2010

CINTA vs PERSAHABATAN

Antara cinta dan persahabatan,
Andai diberi pilihan untuk memilih antara keduanya,
Akan kupilih kedua-duanya…
Kerana bagiku,
Ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku…

Cinta…
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya,
Kerana disebalik keindahan cinta itu,
Tersirat seribu kepahitan,
Yang pasti merentap kedamaian jiwa
Seorang pencinta setia,
Tatkala diundang kekecewaan…

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa,
Yang punya hati dan perasaan,
Hakikkat yang tersimpan disebalik anugerah itu,
Tak mungkin terungkai dengan bicara di bibir,
Tak tergambar dengan lakonan…
Begitu syahdunya kurniaan ilahi,
Lahir dari hati seorang insane,
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan…



Persahabatan…
Suatu ikatan yang lahir dari hati,
Keinginan yang ikhlas,
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih saying serta keakraban…
Sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya,
Tentang impian dan pengertian hidup ini…

Persahabatan yang murni dan suci,
Adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran,
Diwarnai dengan keikhlasan,
Dicurahi dengan kasih sejati…
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan…

Teman yang budiman…
Mengertilah maksudku ini,
Sesungguhnya inilah hakikat,
Yang tersimpul dihati kecilku sejak perkenalan kita….

Kita bina tugu persahabatan,
Yang dipagari besi kedewasaan,
Yang teguh berdiri megah di laman hati kita,
Tak tumbang dek rintangan,
Hanya satu pintaku…
Agar kau sentiasa mengingati diriku….

No comments:

Post a Comment