Jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan sesekali kau cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.
Andai kau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu. Ingatlah janji Tuhan, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu untuk menarik dan memikat kaum lelaki kerana kau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan... takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Lelaki yang baik tidak melihat melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui kemanjaannya, keayuannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya. Lelaki yang warak tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita... yakni perkahwinan.
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Cintailah Allah da kala susah dan senang kerana kau akan memperolahi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.
Indah bukan pada zahir tapi terletak pada tutur, terhampar pada pekerti, terserlah pada santun, tersentuh pada hati. Yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati... cinta sejati bukan sekadar menjadi sempurna dimatanya, tetapi dia juga perlu menjadi sempurna untukmu. Jangan mencari pasangan yang terlalu sempurna tetapi carilah pasangan yang akan menjadikan diri kita lebih sempurna apabila bersamanya. Dua hati perlu saling melengkapi antara satu sama lain.
Thursday, September 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment