BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, July 23, 2010

WaNiTa

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda
menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan
seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang
sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat dengan anda.

16. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

17. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

18. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

19. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

20. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

21. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

22. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

23. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

24. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

25. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

26. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

27. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

28. Senjata wanita adalah airmata!!

29. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya.

30. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

31. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tanyalah hati, apa yg dirasakan saat ini. Cinta itu satu perasaan yang halus suci. Ia hadir tanpa diminta, tanpa diduga, tanda disedari. Tetapi, setelah kehilangannya, barulah kita sedar bahawa itulah diminta hati. Jujur pada diri.. Sesungguhnya cinta yang ikhlas suci tidak hanya menerima, tetapi memberi.. begitu juga sebaliknya.

Buatmu Keluarga & Sahabatku

Ya Allah...
Peliharalah keluarga dan sahabat2ku...
Dikala penjagaanku xsampai padanya...
Sayangi ia...
Dikala sayangku x mampu merengkuhnya dalam dakapan yang nyata...
Muliakan ia...
Dikala penghargaanku x terangkum dalam kata yang sahaja...
kerana KAU punya yang diriku x punya...
Segalanya dalam rahmatMu...
Ameeeeeennnnnnnn

Tuesday, May 4, 2010

kita ingin melepas kan dia atau tidak?

* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika kebahagiaan kita
sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika kita rasa dia itu
hensem, cantik, teristimewa
dibandingkan dgn yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang sebab kita takut kita tidak
dapat jumpa seseorang yang macam dia.

* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika banyak saat-
saat indah sentiasa terbayang di
benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika hati kita
berkata "Saya sangat mencintainya" .

Melepaskan bukanlah sesuatu yang akhir
dan mungkin ia permulaan bagi
kehidupan yang baru...

* Kita harus melepaskan seseorang
kerana kebahagiaan kita tidak
tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang
karena kita menyedari yang
hensem,yang cantik, yang istimewa
belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang
sebab kita tahu jika Tuhan mengambil
sesuatu, Ia telah siap memberi yang
lebih baik pada kita.

* Kita harus melepaskan seseorang
ketika saat-saat indah hanyalah
tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang
sebab hati kita berkata "tidak ada
lagi yang dapat dipertahankan" .

* Kegagalan tidak bererti tidak
mencapai apa-apa... namun kita dapat pelajari
sesuatu yang dapat menabahkan
hati kita....!

Segala sesuatu yang berlaku ada waktunya,
ada saatnya dan sebab untuk
mempertahankannya DAN juga saat untuk
melepaskannya jua.. .!!

*** hanya untuk renungan

~WaHai PeNiLai HaTi~

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satupun guru mampu menjawab

Hanya padaMU ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Wahai PENILAI HATI lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya KAU yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMU ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku

Namun harus ku ikhlaskan semua kasih cintaku
padaMU...

Monday, May 3, 2010

~KumohonpetunjukmuYa Rabb~

Diantara ribuan bintang,
hanya satu yang mengusik pandang...
diantara ribuan permata,
hanya satu yang menusuk jiwa,menyapa penuh mesra...

Cinta seluas angkasa,
diruangan hati kita,
lalu disimpulkan ikatan jnji setia,
dalam mengharap rahmat kasihNya...

moga tercipta bahagia hingga kepintu syurga....


Ya Allah...
Andai benar doaku itu telah kau makbulkan,aku panjatkan seribu kesyukuran buatmu Ya Allah...
Ya Allah...
Andai kata...kehadirannya sekadar menguji kekuatan hatiku...aku mohon dikuatkan benteng2 segenap hatiku...jangan aku tewas lagi...


~speechless~

si bintang...
jauh di atas...
akan tetapi...
sinarnya masih kelihatan oleh pandanganku disini...
bintang itu anugerah Allah...
membuat aku melahirkan rasa syukur...
mengubat kelukaan di hatiku...

si bintang...
berusaha memberikan cahaya...
walau cahayanya mungkin x seterang bulan dan matahari...
namun...
dibandingkan bintang dan bulan...
bintang lebih di cari...

Ya Allah...
sampaikan salamku pada si bintang ciptaanmu...
semoga ia sentiasa menemani aku...
amin...

(^_^)

Saturday, April 17, 2010

PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA!!!


1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi,
agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan
tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,
Thabarani dan Hakim)




3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.




4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).




5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)




6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).




7) Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan
bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya
dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).




8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW:
Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.




9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama,
maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya
(sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka
mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya
dan mengadapnya.




10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut
suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya,
diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari
taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.




11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.




12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.




13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).





14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya
.