Saturday, March 27, 2010
~DaLaM DoaKu~
ampunkan segala dosa2ku...
ibu bapaku...
guru2ku...sahabat2ku....
saudara2ku...yg masih hidup atau yg telah kembali pada Mu...
Ya Allah...
berikanlah aku ketenangan dihati...
terangi mana2 sudut yang gelap...
sejukkan hatiku dan hati2 insan disekelilingku...
bukakanlah pntu hatiku utk terus menerima kebaikan...
bantulah aku agar aku mudah menerima setiap ilmu yang disampaikan...
Ya Allah...
sesungguhnya hati aku masih terluka...
tolong ya Allah...
ubati hatiku ini...
tolong jangan biarkan ia terus terluka...
tolong dekatkan aku denganmu Ya Allah...
tautkan hatiku dengan hatiMu...
Ya Allah...
permudahkan urusan kehidupanku...
urusan jodohku Ya Allah...
temukanlah aku dengan jodoh yang tepat...
dan jauhkan aku dr insan yg boleh melukakan aku...
temukanlah aku dengan seseorang yg akan mengimami hidup ku di dunia dan diakhirat...
Tapi Ya Allah...
Andai insan yang telah kau ambil itu kau ambil die dengan sebab2 tertentu...
aku redha...
makbulkan doaku...Amin...
Friday, March 26, 2010
Nasihat Kehidupan
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
Thursday, March 11, 2010
~Seperuh Jiwaku Tertinggal Disana~
tiada lain dihatiku pada masa ini...sesungguhnya Allahlah peneman terbaik aku dikala hati aku dirundung kesedihan...ibu ayah ku jauh disisi...sahabat??? bukannya ada setiap masa??? yang istimewa...aku tak punya yag istimewa di hati...Allah tempat aku mengadu segalanya...
masa ni...hati aku pilu...macam2 tersirat di fikiran aku...di hati aku...yang susah utk aku luahkan pada makhlukAllah...resah... hidup aku semakin memenatkan sekarang...banyak urusan yang perlu aku selesaikan bulan ni..betul2 memerlukan kekuatan mental n fizikal...horrible hidup aku ni...test,kuiz,exhibition,public speaking...huh! aku perlukan kekuatan extra Ya Allah...
hati aku terbahagi dua, jauh di sana...di kampung halaman tempat aku mula mengenal erti hidup...sekarang ni nenek aku sakit...no one bgtau aku,even walid,ummi and adik...sume org rahsiakan dr aku...tu pon aku dapat tau dr cousin aku subuh keesokkan harinya mase ktorang berchatting.die terlepas ckp.pg tu jugak aku call ummi...tnye keadaan nenek...ummi xnak aku sedih...n terlalu memikirkan nenek...kate ummi nenek sihat cume lemah.nenek kene stroke.sblh kanan badan. hanya Allah yang tau mcmane hati aku mase tu.mcm nak balik mase tu jugak. ummi cerita,malam td nenek x tdo,ummi pakaikan die pampers dia bukak.habis tilam basah kene air kencing nenek.mengalir air mata aku kenangkan nenek.kesian nenek.die xpernah sakit teruk mcm tu...dlu sakit x teruk mcm ni...ade aku kat uma...masih bole tlg2 ape yang patut.mandikan,bg makan...kesian nenek...ummi kate lg...walid belikan whell chair...die x bole nak duduk pun...jatuh...kene ampu dengan bantal...hati aku makin pedih...nenek betul2 perlukan sokongan... terkenang aku,tiap kali aku nak balik kampus,nenek mesti nangis.xpenah anta aku depan pintu...aku sangat rapat dengan nenek but...mase2 mcm ni...aku xade dengan nenek...kesiannyer nenek...tolong Ya Allah, sembuhkan nenek...jangan bebankan nenek dengan ujian ni...kasihani nenek fy...fy tgl sorang je nenek...die la tempat fy bermanja...tolong ya Allah....jangan kau amik die dlu dari aku...aku belum puas bersama dia...aku mohon~ perkenankanlah ya Allah...
Sunday, March 7, 2010
~cintancintun~
• Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
• Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
• Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
• Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
• Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
• Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.
• Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
• Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
• Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
• Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
• Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
• Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
• Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.
• Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.
• Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
• Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
• Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
• Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!
• Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
• Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.
• Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
• Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
• Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
• Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Monday, March 1, 2010
~ 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Gua Batu Maloi~
Peserta : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan Antarabangsa UiTM Bandaraya Melaka
Tarikh : 26-28 February 2010
1st day : Friday (26 February 2010)
mengikut tentatif yang diberi...we all supposely perlu berkumpul di KBM kol 3.30 petang.daftarkan diri n berangkat menaiki bas ke sana. part aku be 1st group yang berangkat ke sane...dalam perjalanan hujan...mate aku pon mengantuk sebenarnyer...sbb da telan ubat selsema sblm pegi n panadol 2 biji...b4 tu dapat tdo stgh jam je...tu yang mate layu je tuh...aku sambung tdo dalam bas (zzzzZZZz) ... celik2 mata, rupenyer da sampai pekan TAmpin...n da terlajak jalan pula...
terpakse tgu guider dr gua batu maloi sampai amik kitorang ke sane...
sampai sane...bas lak x bole anta sampai ke dalam..sib baik aku cume bawak 1 je beg galas.hehe~ ade tu sampai bawak beg tarik, beg balik kg pon ade...tudung siap hang2...aku pnyer pakaian sume aku lipat gulung je dalam beg...lantak la nak renyuk...bukan ade sape kesah kan3x!!! so,back too the point...cian gak la aku tgk diorang angkut beg diorang tuh~ tapi aku tlg tengok je la...huhuhu~
masuk kawasan hutan lipur tu ade la dalam 10 min jalan kaki...jauh gak...berpeluh2 aku dibuatnyer...huhu...jalan kg...kecik n sempit...keliling ade ladang sayur, kandang lembu n kambing.... najis binatang2 ni bersepah2 atas jalan...lembu n kg lak x bertambat...parahnyer silap hari bulan kalau leka...bole terpijak majun tahi kambing n dodol tahi lembu yang da sedia jadi jerangkap samar di sekitar kawasan tu...erk~ if u smell what the rock is cookin! hahaha...bwekkk!!!
malam tu tentatif pertama...pas semayang isyak kitorang berkumpul, makan malam n be divided into 4 group. and i'm be in the forth group. after that suai kenal yang tah pape..then discuss name group n trademark... selepas melalui proses cadangan & undian kitorang sebulat sore memilih name kump kitorang : "chickcock" n trade mark : "besar pnyer!!!!" actually we have no idea...but layankan je la~
after that...kitorang dibawa ke dalam hutan.specifik tempat: kat Batu Maloi... dipercayai atas tu ade tapak Maloi...wallahu"alam....mase tu baru kol 9 mlm.pelik tau...kat kawasan hhutan tu xde pon nyamuk.that nite xtvt is blind trail which all of us akan ditutup mate gune kain hitam n berjalan ikut tali yang disediakan...xde la cuak...for me its ok...better dttp mate dr nampak ape yang ade kat sekeliling...lagi2 dalam gelap...paham2 je la...turn aku mase tu da kul 2 setengah pagi. n i'm the last girls yang dilepaskan n behind me there are 3 boys left...ni sume gara2 faci pendek tu.. "abang mat tah"...die sangat2 x puas hati ngan aku sbb aku asyik lawan cakap die..huhu...but...A.A.K???(ade aku kesah???) perjalanan malam tu buat aku basah sampai paras ketiak.because kene redah sungai segala...jatuh,terhantuk pokok,tersangkut kat akar tok sah cite ar kan...lebam tangan aku menahannyer....sampai tapak khemah da kol 3 suku...pas tu kitorang dibenarkan bersihkan diri n rehat...n need kumpul pagi esoknyer kol 7 a.m...layan~
2nd day : Saturday (27 February 2010)
dalam kol 7 setengah after sume org da berkumpul...kitorang dibawa berjalan exercise pagi keluar dr kawasan hutan lipur sampai jalan utama...amik udara segar...kitorang diperkenlkan ngan 2 jenis daun...daun senduduk berbulu berbunga putih n daun jepun yang kedua2nya boleh digunakan sebagai ubat luka if dalam keadaan terdesak...after that balik khemah kitorang sarapan n siap2 utk xtvt seterusnyer...by turn... water confident, flying fox and also jungle tracking...
mase water confident...diajar macam2 care utk selamatkan diri sendiri in case berada dalam air... bubling, telentang kan diri and floating...but floating aku x bole nak buat...mase tu aku rase da sejuk gile n tangan sebelah kiri yang terhentak kat batu malam semalam da kebas...aku la org last yang naik ats tebing...
then after tnat makan tengahari n then proceed to another xtvt which is fling fox...xde la tgi mane..but tangga yang nak manjat ke atas tu jarak die jauh2..paham2 je la...aku kan rendah...menguji betul...but at last sampai gak kat atas n berjaya wat flying fox dengan jayanyer..
then after that kitorang dibawa jungle tracking...pastu pas asar...mule xtvt explorace...ade 4 check point...the rules is...after 1 check point n get the "thing" we need to put the "things" at our "peti besi,hide them n go another check point...1st check point kat pntu utama hutan lipur...find that "thing" which that given in that clue..."mase kecik bole dimakan x bole dipakai,bile da besar,boleh dipakai x bole dimakan" the thing is rebung n buluh...kiorang ingat nak main tipu terus ke next check point without put the 1st thing at our "peti besi"...xsangke lak dapat dihidu oleh uncle nazri...which is the guider there...hehehe~ terpaksela kitorang letak barang2 tu dlu...then proceed to the next check point kat seberang sungai...kat ctu die nak mintak daun jepun...after that we proceed to the next check point...kat batu maloi...ctu lak kitorang salah...ingatkan die nak suh cari buah rambai hutan...upenyer salah...then teka ag...daun tapak hantu...pon salah gak...upenyer die nak buah...miss kat ctu... next check point is sungai bawah bukit...ondaway kesane jari aku tercucuk duri pokok...kecik n halus but bise...sib baik at last dapat gak kuarkan...kat check point akhir kitorang dimintak cari daun tapak hantu...siap je cepat2 balik kat main point...tempat kedua~ after that we all minum petang n solat ...siap2 utk xtvt malam pulak....
malam tu,xde xtvt berat...pas makan kitorang berkumpul n main games teka2 bisu n tdo awl coz sok pagi ade xtvt lagi mencabar...mate da ngantuk,badan da penat...senang betul terlelap~
Last day : Sunday (28 February 2010)
today we wake up lambat...kol 6 setengah...hehehe....berkumpul kol 7 setengah~then diorang bawak g exercise ronda2 kg...then balik ke tapak khemah...breakfast...after that kitorang siap2 utk xtvt seterusnyer...MENEROKA GUA BATU MALOI. start kol 9 n dijangke habis kol 12...but we all delayed..because leka dok dalam gua...best gile...unik~ mmg mencabar nak masuk tu..overall ade 12 check point that we need go through...panjat batu,redah air sungai,susup celah batu,gelungsur turun ke bawah,berenang,berendam,meniarap,merangkak sampai la ke pintu exit~ huhu...Gua Batu Maloi is the only granite cave in Malaysia. Macam2 kitorang jumpe dalam gua tu...
1) katak puru besar piring,
2) batu berbentuk kerusi,
3) batu yang tertulis nama Allah,
4) batu budha(ade titisan air yang membentuk visual dua org 1 laki2,1 pompuan)
5) batu bercahaya
6) dewan maloi(bole memuatkan 150 org)
air terjun dalam gua tu sangat deras n air die sangat sejuk...tapi serious cantik n best...puas rasenyer dapat explore sume tu...n alhamdulillah selamat sampai keluar even melecet kaki n lebam2 kene batu dalam tu...at least dapat release tension n lupekan segale masalah...xrugi pergi~ kitorang kua dr gua mase tu da kol 1 lbh...sampai tapak khemah kol 2 n then bersihkan diri n solat...kemas khemah n bertolak balik...naik je bas terus tdo...celik2 mate da sampai MC...hurmmm sampai apartment mase tu kol 5 lbh...tdo~ sampai magrib baru bangun...letih gile...



