BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

SaTu HaRi di HaRi RaYa

suda makan kuehhh...meh salam amek duet raye tok usop bg...huhu...
hai abah2...anak die blm kawin ag,cucu da berderet2 huhu...

aloloh...huhu.... =)

xmuat kusi da...dok le bawah...senang nak berlunjur kaki..,kuih raye da topup 2x...huhu

Tuan rumah (Tuan Hj Md Yusof bin Omar)

Ni la kuarge aku...blm sempurna...br berkumpul ni 4 kuarge... lg 2 kuarge blm masuk...ni pon sebelah ayah...mak x lagi...hak3..kecow...riuh rendah ya ampun...


buat keluarga tersayang....semoga ikatan yg terjalin ini...bahagia hingga ke akhirnya...dan...kegembiraan milik kita bersama =)
selamat Hari raya...

Tuesday, November 3, 2009

10 sifat calon suami yang baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Pertemuan...perpisahaN...


Setiap perkenalan atau pertemuan bukanlah dirancang. Namun¿.

Mengenali seseorang itu

kadangkala membuat kita ketawa...

Mengenali seseorang itu

kadangkala juga membuat kita mengalir airmata...

Sesungguhnya mengenali seseorang itu

mampu memberi kita sejuta rasa.... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu....

Tapi, sedarkah kita?

Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..Smile